Friday, July 22, 2016

Latarbelakang dan sejarah keluarga Timah Dan Hussin


Fatimah atau  Timah Bt Uda Itam lahir sekitar tahun 1886 . Tok Nyang Timah (Tok Timah) berkahwin dengan Hussin atau (Tok Hussin) dalam usia yang muda. . Hussin berasal dari Kampung Tepi Laut Padang Keria.  Timah pula asal Kuala Sanglang dan panggilan manja Tok Timah di Kuala Sanglang ialah  Kak Kola.

Menurut cerita dari orang Kuala Sanglang, semasa Tok Timah kahwin dengan Tok Hussin, ramai yang iringi pengantin perempuan ke Padang Keria iaitu ke rumah pengantin lelaki, bagi meraikan pasangan ini.

Selepas kematian suami yang di kasihi , Tok Timah berpindah ke Kampung Sungai Baru Utan Aji, Perlis dan tinggal dengan anak bongsunya iaitu Haji Yob bin Hussin yang menetap di kampung ini. 

Sebelum  Kak Kola pindah ke sini ramai sahabatnya,  sedih dengan perpisahan mereka. Maklumlah ramai kawan kawan dan saudara mara sayang dengannya. Mungkin Tok Timah ni  baik dan peramah orangnya.

Mengikut penceritaan dari orang tua-tua di Kuala  Sanglang , Tok Timah atau nyang Timah adalah cucu kepada TOK USUP beristeri dua asal dari Kelawai Pulau Pinang,  orang yang mula menduduki Kuala Sanglang.

Tok Timah adalah cucu Tok Usop yang ke berapa tak pasti daripada 60 orang cucu-cucu nya Termasuk Emak Long Fisol  dan Tok Pora cucu nya. 

Menurut cerita dari Long Fisol  Fatimah  bt Uda Itam ada 4 beradik 2 perempuan 2 Lelaki yang tinggal seberang Perak Alor setar

FATIMAH berkahwin dengan HUSSIN dan mendapat 5 orang anak.

1. AHMAD BIN HUSSIN
2. HAWA  BINTI HUSSIN
3. RAMLI  BIN HUSSIN
4. MINAH  BINTI HUSSIN
5. YOB  BIN HUSSIN

Tok Timah meninggal dunia tahun 1976 pada usia 90 tahun di rumah anaknya Hj Yob kerana sakit tua.

SUMBER : ORANG KUALA SANGLANG, CUCU-CUCU TOK TIMAH