Friday, July 29, 2016

MESYUARAT HARI KELUARGA


MINIT MESYUARAT HARI KELUARGA FATIMAH DAN HUSSIN SERTA KORBAN
===============

Tarikh 26 Julai 2016
Jam 10 mlm
Tempat : Rumah Fauzi Cicit tok timah kg sg baru utan aji ps

🔴AGENDA
--------'------
1. Ucapan aluan pengerusi program. Tujuan hari keluarga ini untuk kumpul seramai mungkin adik beradik bagi kenal mengenal dan erat silaturahim. Rancang hari keluarga pada 13 Sep 2016
2. 14 org bersetuju buat korban
3. RM550/tompok dan lembu sudah di tempah dgn bayaran RM1000 utk 2 ekor
4. Bagi yg tak korban bolehlah beri sumbangan minima RM20/  keluarga utk bahan kenduri
5. Setiap org yg buat korban dibenar ambil 2kg daging shj lebih buat kenduri
6. Menu Gulai daging 1 kawah. Daging cicah, masak asam, sup tulang, sambal, ikan sedikit,
7. Sumbangan lain lain akan diterima
8. Sembelih lembu lepas asar raya pertama idul adha terus lapah dan pesiang masak
9. Masak oleh chef MAICAFE dan kita menyedia bahan dan alatan
10. Makan jangka 11.30 pagi raya ke 2 idul adha
11. Sessi BERGAMBAR KELUARGA jam 12.00 tengahari. minta semua bersedia awal. Wajib patuhi masa. Gambar akan di cetak dan dikena sikit bayaran
12. Pendaftaran di meja urusetia dan wajib
13. Pakai tanda nama dlm bentuk stiker utk ahli keluarga lain kenal
14. Jika berjaya tahun ini kita akan rancang lagi

🔴TEMPAT

15. Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membuat majlis ini di Rumah cucu Fatimah yg tertua dan masih ada iaitu RUMAH AHMAD YAAKOB Di kg sg baru utan aji perlis
16. Angkut khemah jumaat ptg dan pasang khemah sabtu pagi 10 Sep 2016
17. Ahli keluarga terdekat membantu urusan berkenaan

🔴JAWATANKUASA KERJA

18. Fazil dan mohd sobri akan terima lembu pada Ahad 11 Sep dan jaga serta beri makan
19. Ketua korban Pakcik Ya . mencari org sembelih dan urus sembelihan dan persiang. di bantu ahli korban dan yg lain
20. Penyediaan bahan di ketuai Makcik Beza
21. Ketua khemah , meja kerusi, alat masak Rozali dan Kob.
22.  Penyediaan minuman dan berkaitan Mazani dan Hamdi
23. Masak diurus Baharudin dan maicafe
24.  Basuh alatan Mazani dan dibantu
25. PA system Baharudin
26. Jurufoto Afzul farrok anak Baharudin
27. Kad jemputan Salasilah keluarga dan banner -  Fauzi
28. Wakil keluarga utk jemputan
Keluarga :
a. TOK WA MAD - Asron
b. TOK HAWA - Ani
c. TOK LANG RAMLI - Paksu Sobri
d. TOK TEH MINAH - Makcik na dan Firdaus
f. TOK SU YOB - Pakteh dan Long Fisol
g. org kampung - Fazil / bakar
h. Bunga emas pakdak lah

29. KEBERSIHAN.
Sampah di masuk dlm plastik yg akan disediakan.

Akhir sekali pengerusi ucap terima kasih pada yg datang mlm ni dan berharap majlis kita berjalan sempurna dan lancar.

Harap semua beritahu keluarga lain supaya hazir pada 13 Sep nanti.

ERATKAN SILATURAHIM
TINGKATKAN KASIH SAYANG

Sekian

Thursday, July 28, 2016

POSTER UNTUK MEDIA SOSIAL

BANNER UNTUK EDARAN WASAP ATAU FACEBOOK,
update design







POSTER UNTUK WHATSAP

UNTUK DI HANTAR SECARA WASAP, EMAIL, TELEGRAM ATAU FACEBOOK

KAD JEMPUTAN




Cadangan Hari Keluarga 13 Sep 2016

Alhamdulillah pihak jawatankuasa  telah menetapkan Hari Keluarga para 13.Sep 2016 raya kedua aidil adha 11 Zulhijah 1437.

Cucu generasi timah hussin juga akan mengadakan ibadah korban selepas asar raya pertama.  Sebelah malam akan gotong royong masak dan pada pagi selasa akan ada kenduri dan hari keluarga generasi tok timah

Harap semua adik beradik dapat hazir pada hari tersebut

Mesyuarat hari keluarga dan korban
Di ada rumah cicit nyang timah (Fauzi Ahmad) 

Gambar mesyuarat pada 26 jul 2016 lihat bawah

Friday, July 22, 2016

Latarbelakang dan sejarah keluarga Timah Dan Hussin


Fatimah atau  Timah Bt Uda Itam lahir sekitar tahun 1886 . Tok Nyang Timah (Tok Timah) berkahwin dengan Hussin atau (Tok Hussin) dalam usia yang muda. . Hussin berasal dari Kampung Tepi Laut Padang Keria.  Timah pula asal Kuala Sanglang dan panggilan manja Tok Timah di Kuala Sanglang ialah  Kak Kola.

Menurut cerita dari orang Kuala Sanglang, semasa Tok Timah kahwin dengan Tok Hussin, ramai yang iringi pengantin perempuan ke Padang Keria iaitu ke rumah pengantin lelaki, bagi meraikan pasangan ini.

Selepas kematian suami yang di kasihi , Tok Timah berpindah ke Kampung Sungai Baru Utan Aji, Perlis dan tinggal dengan anak bongsunya iaitu Haji Yob bin Hussin yang menetap di kampung ini. 

Sebelum  Kak Kola pindah ke sini ramai sahabatnya,  sedih dengan perpisahan mereka. Maklumlah ramai kawan kawan dan saudara mara sayang dengannya. Mungkin Tok Timah ni  baik dan peramah orangnya.

Mengikut penceritaan dari orang tua-tua di Kuala  Sanglang , Tok Timah atau nyang Timah adalah cucu kepada TOK USUP beristeri dua asal dari Kelawai Pulau Pinang,  orang yang mula menduduki Kuala Sanglang.

Tok Timah adalah cucu Tok Usop yang ke berapa tak pasti daripada 60 orang cucu-cucu nya Termasuk Emak Long Fisol  dan Tok Pora cucu nya. 

Menurut cerita dari Long Fisol  Fatimah  bt Uda Itam ada 4 beradik 2 perempuan 2 Lelaki yang tinggal seberang Perak Alor setar

FATIMAH berkahwin dengan HUSSIN dan mendapat 5 orang anak.

1. AHMAD BIN HUSSIN
2. HAWA  BINTI HUSSIN
3. RAMLI  BIN HUSSIN
4. MINAH  BINTI HUSSIN
5. YOB  BIN HUSSIN

Tok Timah meninggal dunia tahun 1976 pada usia 90 tahun di rumah anaknya Hj Yob kerana sakit tua.

SUMBER : ORANG KUALA SANGLANG, CUCU-CUCU TOK TIMAH