Wednesday, September 14, 2016

Keluarga Johari Hussin

Pakngah Johari telah pun meninggal dunia.  Isterinya ngah tom masih ada dan tinggal bersama anaknya Dahlan. Dahlan mengalami sakit buah pinggang dan kinj terpaksa membuat dialisis seminggu 3 kali.

Lain lain anak beliau masih ada,  kak Darishah tinggal di sg korok, Kak Pah tinggal di Felda mata air dan Suhaiza tinggal di pulau pinang

5 Keluarga Tok Timah

5 keluarga iaitu Ahmad, Hawa, Ramli, Minah dan Yob bersatu pada 13 Sep 2016
KELUARGA AHMAD
KELUARGA HAWA
KELUARGA RAMLI
KELUARGA  MINAH
KELUARGA YOB

Tuesday, September 13, 2016

Gambar Hari Keluarga 13 Sep 2016

Selepas 40 tahun kematian moyang kami , kini kami berjumpa seluruh keluarga cucu cicit piut piat kami. Kami memilih hari raya kedua  aidil adha 13 Sep 2016 untuk mengadakan hari keluarga Tok Timah dan Tok Hussin.  Lebih 2/3 ahli keluarga hazir pada majlis ini.  Terima kasih semua

Tuesday, August 16, 2016

SALASILAH 2016

SALASILAH KELUARGA TOK TIMAH TOK HUSSIN

TEKAN GAMBAR SAVE IMAGE


Friday, August 12, 2016

DATA RINGKAS KELUARGA TOK TIMAH

Data yang di kira sehingga ogos 2016, untuk rujukan


Pangkat panggilan dalam keluarga utara

Pangilan Dalam satu keluarga
=========
anak pertama : anak sulung - along - paklong/maklong
Kadang panggil wa

anak kedua : anak ngah - angah - pakngah/makngah

anak ketiga : alang - paklang/maklang

anak keempat : utih - paktih/maktih (Pahang)*

anak kelima : anak panjang - anjang - pak anjang/mak anjang

anak keenam : anak putih - utih - paktih/maktih (Perak)*

anak ketujuh : anak hitam - tam - paktam/maktam

anak kelapan : anak muda - uda - pak uda/mak uda

Jika pak nakan atau mak nakan bermaksud ia mereka dgn mak ayah kita tu dua beradik

Contoh
Ayah saya dan bidin dua beradik
Bidin adalah pak nakan saya atau bapak saudara

Anak bidin sepupu saya dan depa kena panggil bang Fauzi dan anak mereka panggil pakngah sebab sy no 2 (lihat atas)

BAGAIMANA PULA KAITAN AYAH SAYA DENGAN HUSSIN

mereka adalah sepupu dari tok yang sama.  Saya adalah dua pupu dengan anak Long Hussin.

Saya kena panggil kak atau abg dgn anak long hussin. 


Tuesday, August 9, 2016

Arwah Pasti Tersenyum

ARWAH PASTI TERSENYUM

Bila mereka dapat melihat,
CUCU, CICIT, PIUT, PIAT, MIAT,  ONENG,
Bertemu dan berjumpa
Dalam suasana...gembira,

Senyum mereka lihat cicitnya
Muafakat,Bersembang dan bertegur sapa,
Makan dan minum bersama,

Arwah pasti tersenyum......
Melihat,
Generasi nya membuat
Amal baik dan sedekah,
menjadi cicit piut piat, miat, oneng yang soleh,
Rajin bersolat,
Piut yang mengerti,
Erti persaudaraan.

Arwah LAGI tersenyum,
Bila dapat berjumpa anak cucu cicit piut piat nya di SYURGA nanti

Lupakan dan maafkan
Salah silap yang lampau
Itu cerita lama ,
masa kita alpa dan lalai, 

Lupakan lah lupakan lah lupakan lah.......
Ini generasi baru
Generasi masa depan
Generasi penerus cita cita Arwah.
Generasi Alam Syurga.

Mari kita berdoa dan baca
Alfatihah
pada arwah.....
nyang,
tok saudara, 
tok dan bapa saudara ,
mak dan ayah,
sepupu dan semua saudara
Mereka tidak lagi bersama kita
Sedih kan.......
Tapi lagi sedih jika kita lupa
Hubungan kita,
Jom kita,
Eratkan Silaratulrahim
Tingkatkan Kasih Sayang
Jom kita Jumpa,
Raya ke dua,
13 Sep 2016
Biar sama sama senyum
Arwah tenang di barzah
Dan tersenyum
Amin Amin
Ya Rabal alamin
Sekian
Cicit tepi bendang
4 Ogos 2016
10 pagi
Kg sg baru utan aji
Simpan dalam notepad anda

Saturday, August 6, 2016

KELUARGA FAUZIAH BINTI YOB


FAUZIAH BT YOB Berkahwin dengan Pisol darus, mempunyai 4 orang anak, 3 perempuan dan 1 lelaki, long ni tinggal di FELDA  LUBUK MERBAU

Anak  dan cucu

1. NOR SALIZAWATI BT PISOL anak sulong long, Berkahwin dengan Mohd Sobri Don, mendapat 3 orang anak.

a. nor shafiqah
b. nur syahirah
c.  nur syakirah

2. LILIS HARYANTI BT PISOL anak ke 2 berkahwin dengan Syamizey Syawal,mendapat 4 cahayamata.

a. syazani
b. syafiq hakimi
c.  nur qaseh
d. nur qisya

3. HARTINI  BT PISOL  anak ke 3, berkahwin dengan hasmawi Yahaya, dapat 3 orang anak


a. nur hasya  mawaddah
b. muhammad hasif wafi
c. muhammad hadif wafiq

4. Anak k 4 YUSRIZAL HAFIZ BIN PISOL berkawin dengan Nadia bt Nasir, mendapat seorang anak

a. yasmin


Friday, August 5, 2016

KELUARGA BIDIN YAAKOB


BIDIN  BIN YAAKOB (arwah) , berkahwin dengan Rafiah morad, mempunyai 5 orang anak, Tinggal di Kampung sungai baru utan aji perlis.
Anak dan cucu

1. MARZANI BIDIN berkahwin dengan zalina bt mad isa, mempunyai 3 anak dan 3 cucu



a.  norfatin aida
berkawin dgn mohd zahir
i. mohamad fakrun
ii. nor feeya zieya
iii. nor feeya zara

b. norfarisya ameza

c. mohamad farhan amir

2. ROSMAWAI BT BIDIN, tinggal di kajang dan berkahwin dengan salim bin bador, mempunyai 2 orang anak


a. aiman nabilah bt salim berkawin dengan mohd ridzwan

b. aiman iqbal b salim

3. ROSENIZA BT BIDIN berkahwin dengan Rosman, menetap di kajang, mempunyai 3 orang anak,


a. nurdini syarafana bt rosman
b. muhammad muammar
c. siti zulaika

4. ROZALI B BIDIN berkahwin dengan normaziah, tinggal di kg sg baru, utan aji, mempunyai 4 orang anak
a. nurur aina rozali
b. siti shariah bt rozali
c. muhammad irfan
d. muhammad adam

5. RUSMELIA BT BIDIN berkahwin dengan muhammad  hariff  b . ahmad, tinggal di kajang, mempunyai 2 orang anak

a.  alya maisarah
b. muhammad firas heyqal

KENANGAN ARWAH BIDIN DENGAN CUCU CUCU NYA
AL FATIHAH

KELUARGA CHE DAH BT AHMAD

CHE DAH BT AHMAD Atau saya panggil Makcik Dah berkahwin dengan  Dzhari. Mereka mempunyai 5 orang anak, menetap di kuala sungai baru Perlis

ANAK  DAN  CUCU MEREKA,


1. MACHITA BT DZHARI  anak sulong dan suami: Ruslan b Abdullah , dan mempunyai anak

a.Akmal Ariff b Ruslan
b.Aida Athirah bt Ruslan
c.Azam Afifi b Ruslan

2.KILAWATI  BT DZHARI berkahwin dengan Abdul Razak b Abdullah, anak mereka
a.Imran bin Abdul Razak

3.SHARMI BIN DZHARI
Kahwin dengan Fara Wahida bt Dato' Rashid

4. AHMAD FAUZI  BIN DZHARI

5.EDDIE ERWAN SYAFEEQ BIN DZHARI

Thursday, August 4, 2016

KELUARGA HUSSIN AHMAD 2016

ANAK  DAN  CUCU HUSSIN BIN AHMAD, Hussin merupakan anak sulung AHMAD
Hussin berkahwin, 4 orang, Hussin orang kg sg baru, utan aji.

A. HUSSIN KAWIN DGN ROHMAH BULAT, Rohmah bulat orang kampung sungai baru,
utan aji perlis. Dapat seorang anak bernama solma,

1. SOLMA BINTI HUSSIN
kawin  dgn  hamidi (Arwah)
a. hamizi bin hamidi
b. mohd husni bin hamid

beberapa tahun selepas kematian Hamidi, solma berkahwin lain dan menetap di tanah pusaka ayahnya di kg sg baru utan aji perlis.

B. HUSSIN KAWIN DGN AZIZAH, Azizah asal pulau tuba langkawi
mendapat seorang anak bernama Zinon.

1. ZINON BIN HUSSIN
kawin dgn Rohmah bt mat

a.  Nor Aza bt zinon
kawin dgn azizan bin mazian
i. norazwan safari
ii. norsafina
iii. norsyafikah
iv. norbalqis zulaika

b. Nozi  bt zinon kawin dgn Noor Shahidan bin husin
i. muhammad hezrin shah
ii. noor haikal
iii. noor alessa
iv. noor shahzan

c. Zaidi bin Zinon
d. Abd hadi bin zinon
e. Nabilah bt zinon
f. Nur fatin bt zinon

C. HUSSIN KAWIN DGN LATIFAH BT ISHAK

1. JAMILAH BT HUSSIN
berkahwin dengan Mat Isa Said
i. Husna bt Mat Isa

2. ZULKIFLI BIN HUSSIN
berkawin dgn  azmiza bt azmi
i. Hafis bin zulkifli
ii. Firdaus bin zulkifli
iii. puteri shahadah bt zulkifli
iv. puteri mastura bt zulkifli

D. HUSSIN KAWIN DGN  MAZIAH MORAD

1.  MALIK BIN HUSSIN
kawin dgn Natroh bt md rashid

a. fakrul rodzhy
b. farah hanim
c. muhammad fitri
d. fasha batrisya
e. fathurahman

2. SAFIRAH BT  HUSSIN
kawin dgn  mohamad Fadzil

a. nur farisha umaira bt mohamad  fadzil
b. muhamad farihin amsyar bin mohamad fadzil
c. nur fathia amani  bt mohamad fadzil
d. muhmd fahmi bin mohamad fadzil





Tuesday, August 2, 2016

GAMBAR TOK TIMAH

GAMBAR tok timah sekitar tahun 70an, di kampung sungai baru, utan aji perlis, rumahnya belakang rumah paktam REIS YOB kini.

Beliau meninggal tahun 1976, dalam usia sekitar  90 tahun, di rumah anaknya hj Yob hussin, kgsg baru utan aji perlis

tok timah perlis, kg sg baru utan aji

Friday, July 29, 2016

MESYUARAT HARI KELUARGA


MINIT MESYUARAT HARI KELUARGA FATIMAH DAN HUSSIN SERTA KORBAN
===============

Tarikh 26 Julai 2016
Jam 10 mlm
Tempat : Rumah Fauzi Cicit tok timah kg sg baru utan aji ps

🔴AGENDA
--------'------
1. Ucapan aluan pengerusi program. Tujuan hari keluarga ini untuk kumpul seramai mungkin adik beradik bagi kenal mengenal dan erat silaturahim. Rancang hari keluarga pada 13 Sep 2016
2. 14 org bersetuju buat korban
3. RM550/tompok dan lembu sudah di tempah dgn bayaran RM1000 utk 2 ekor
4. Bagi yg tak korban bolehlah beri sumbangan minima RM20/  keluarga utk bahan kenduri
5. Setiap org yg buat korban dibenar ambil 2kg daging shj lebih buat kenduri
6. Menu Gulai daging 1 kawah. Daging cicah, masak asam, sup tulang, sambal, ikan sedikit,
7. Sumbangan lain lain akan diterima
8. Sembelih lembu lepas asar raya pertama idul adha terus lapah dan pesiang masak
9. Masak oleh chef MAICAFE dan kita menyedia bahan dan alatan
10. Makan jangka 11.30 pagi raya ke 2 idul adha
11. Sessi BERGAMBAR KELUARGA jam 12.00 tengahari. minta semua bersedia awal. Wajib patuhi masa. Gambar akan di cetak dan dikena sikit bayaran
12. Pendaftaran di meja urusetia dan wajib
13. Pakai tanda nama dlm bentuk stiker utk ahli keluarga lain kenal
14. Jika berjaya tahun ini kita akan rancang lagi

🔴TEMPAT

15. Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membuat majlis ini di Rumah cucu Fatimah yg tertua dan masih ada iaitu RUMAH AHMAD YAAKOB Di kg sg baru utan aji perlis
16. Angkut khemah jumaat ptg dan pasang khemah sabtu pagi 10 Sep 2016
17. Ahli keluarga terdekat membantu urusan berkenaan

🔴JAWATANKUASA KERJA

18. Fazil dan mohd sobri akan terima lembu pada Ahad 11 Sep dan jaga serta beri makan
19. Ketua korban Pakcik Ya . mencari org sembelih dan urus sembelihan dan persiang. di bantu ahli korban dan yg lain
20. Penyediaan bahan di ketuai Makcik Beza
21. Ketua khemah , meja kerusi, alat masak Rozali dan Kob.
22.  Penyediaan minuman dan berkaitan Mazani dan Hamdi
23. Masak diurus Baharudin dan maicafe
24.  Basuh alatan Mazani dan dibantu
25. PA system Baharudin
26. Jurufoto Afzul farrok anak Baharudin
27. Kad jemputan Salasilah keluarga dan banner -  Fauzi
28. Wakil keluarga utk jemputan
Keluarga :
a. TOK WA MAD - Asron
b. TOK HAWA - Ani
c. TOK LANG RAMLI - Paksu Sobri
d. TOK TEH MINAH - Makcik na dan Firdaus
f. TOK SU YOB - Pakteh dan Long Fisol
g. org kampung - Fazil / bakar
h. Bunga emas pakdak lah

29. KEBERSIHAN.
Sampah di masuk dlm plastik yg akan disediakan.

Akhir sekali pengerusi ucap terima kasih pada yg datang mlm ni dan berharap majlis kita berjalan sempurna dan lancar.

Harap semua beritahu keluarga lain supaya hazir pada 13 Sep nanti.

ERATKAN SILATURAHIM
TINGKATKAN KASIH SAYANG

Sekian

Thursday, July 28, 2016

POSTER UNTUK MEDIA SOSIAL

BANNER UNTUK EDARAN WASAP ATAU FACEBOOK,
update design







POSTER UNTUK WHATSAP

UNTUK DI HANTAR SECARA WASAP, EMAIL, TELEGRAM ATAU FACEBOOK

KAD JEMPUTAN




Cadangan Hari Keluarga 13 Sep 2016

Alhamdulillah pihak jawatankuasa  telah menetapkan Hari Keluarga para 13.Sep 2016 raya kedua aidil adha 11 Zulhijah 1437.

Cucu generasi timah hussin juga akan mengadakan ibadah korban selepas asar raya pertama.  Sebelah malam akan gotong royong masak dan pada pagi selasa akan ada kenduri dan hari keluarga generasi tok timah

Harap semua adik beradik dapat hazir pada hari tersebut

Mesyuarat hari keluarga dan korban
Di ada rumah cicit nyang timah (Fauzi Ahmad) 

Gambar mesyuarat pada 26 jul 2016 lihat bawah